Wednesday 16 February 2011

Novel: Dia Fahrin Ahmad?



“Hensem giler mamat ni....!

“Ceh!Tak abis-abis dengan mamat ni...meluat aku...”

“Weii..jangan kutuk-kutuk wei...buah hati aku ni...”

“Berangan lebih la kau Min...hahahaa...aku meluat dengan kau..bukan meluat dengan dia”

“Cikgu aku cakap...kalau nak dapat sesuatu...kita kena berangan dulu....dan....”

“Cikgu kau masa sekolah dulu suruh berangan tentang impian...cita-cita...”

“......dan cinta!”

“Kesian....siapalah cikgu kau tu, Min....hahaha”

“Cikgu aku tu, cikgu terbaik dalam kalangan terbaik...1 Malaysia!”

“Banyak la kau berangan...berangan benda yang tak pasti buat apa...”

“Tak dinamakan berangan kalau....semuanya pasti...muahahahaah...yuuhhhuuu!”

Ameera mencampak spongebobnya pada Dira Jasmin. Sengal dengan kerenah sahabatnya. Menjadi kebiasaan Dira Jasmin berbalas-balas kata dengan Ameera, sahabat baiknya itu. Kadang kala Ameera seronok dan terhibur juga melihat sahabatnya itu berkhayal. Jika artis pujaannnya menghiasi drama, pasti Dira Jasmin tersenyum-senyum sendirian. Fanatik sungguh! Sudah beberapa keping gambar bersama Fahrin Ahmad dalam simpanannya. Jumpa Fahrin Ahmad di PWTC, di Padang Bola Sepak Bukit Jalil, di tempat berlangsungnya Forum Perdana yang dikendalikan oleh Fahrin Ahmad pun dia pergi. Pantang jumpa, pasti balik bercerita. Paling pasti, dia akan bergambar dengan artis pujaannya itu. Apabila Fahrin Ahmad keluar di kaca televisyen, dialah orang pertama yang duduk bersila di hadapan televisyen. Orang lain nak tengok channel lain dah tak boleh dah. Remote televisyen pasti dalam tangan. Haha!Drama Lemas Dalam Cinta membuatkannya tak berganjak di hadapan televisyen pada malam itu. Pastinya, sikap obses pada pelakon pujaannya menggeletik hatinya. Apa boleh buat. Asal bahagia dengan dunianya. Muahaha.

“Bila la Fahrin Ahmad nak kawin...aku tak sabar nak tengok siapa pilihan isterinya...”

“Ala..kau jangan la cakap macam tu...kalau dia kawin...sedih aku tau...!”

“Kau ni memang tahap giler betul dah ni...wayar dengan fius otak kau ni dah putus agaknya Min?”

“Aku waras lagi Meera, fius okay lagi...Oh My Hero...!”

“Sah...sahhh......memang sahhhh...!”

“Nak jadi tok kadi ke...sah...sah...sahhh ni...”

“Kau ni memang sahhh...kena jumpa psikiatri...”

“Oh My Hero...uiiiii....”Sambil Dira Jasmin merapati Ameera untuk memeluknya...sambil memejam-mejam rapat matanya.

“Eiiii...kau ni...takkan aku pun kau Nampak Fahrin Ahmad weiii...geli aku!”Ameera mengelak-ngelak dipeluk sambil memeluk kemas bantal busuknya. Gerun dengan rakannya. Mana tahu buang tebiat separa sedar. Muahaha.

“Dah-dah....nak peluk sikit pun tak boleh...geli konon....aku nak semayang isyak kejap” Dira Jasmin bangkit. Seluar jeansnya di selak ke paras betis. Berangan...berangan jugak, solat tiang agama.

“Jangan lupa, doakan aku sekali...hehehe...”

*****

“Lama betul kau semayang...doakan aku yer...”

“Semua makhluk aku doakan...termasuk yang dalam televisyen ni...”

“Hahaha!Tak abih-abih lagi cerita dongeng kau ni....”

“Laaa..ok what...he is makhluk Tuhan....paling hensem jugak...” Jenaka ala beriman agaknya Si Dira Jasmin ni.

“Tak habis-habislaaaa kau ni..nasib laaa aku dapat kawan macamni....”

“Aku insan terpilih tau....hihiiiiii”

“Haah...terpilih sewel laa kanssss...”

“Ohhh...dia datang...syyyyy...hero aku dah beraksi...yabeda beduuuu...!” Dira Jasmin memberi isyarat pada sahabatnya sambil memberi senyuman gatal apabila iklan di televisyen telah tamat. Ameera hanya mengulas senyuman.

*****

“Eiii...Senah ni...tidur tak bangun-bangun lagi....dah siang dah ni...bangun la Senahhh!” Ujar Dira Jasmin pada Ameera. Senah panggilan nama manja Ameera. Hiihiii.

“Urm,...malasnya nak pergi kerja.....” Armeera terus menyambung tidurnya.

“Senah, dah banyak kali kau MC tau...” Ujar Dira Jasmin sambil menyarungkan telekung untuk solat Subuh.

Jam menunjukkan 6.25 pagi. Dira Jasmin terlewat sedikit. Menghabiskan masa dalam toilet. Perutnya memulas seawal dini hari. Penangan makan rojak mangga semalam. Asal sedap, semuanya dia telan. Sakit perut belakang kira. Hihiii. Hari ini, Dira Jasmin berhajat untuk kerja lebih masa. Lepas solat, ditatap wajah ibu dan ayahnya dalam frame. Amalannya setiap pagi selepas membaca Al-Mathurat, pasti dia menatap wajah ibunya. Gambar Fahrin Ahmad pun dia tatap juga. Tak lama, 5 minit jer, jadikan semangat untuk pergi bekerja.

Seluar jeannya pun yang dipakai semalam disarung lagi. Agaknya sudah berbau masam seharian pakai. Bhuek!Hapak!Tak per-tak per, one drop perfume ada. Nasib baiklah one drop perfume yang RM 6 sebotol kecil tu ada. Kalau tidak, koma gamaknya rakan sekerjanya, apatah lagi Kak Effah yang duduk memasang cip di sebelahnya. Muhahaha. Aku tak mahu menganiayai makhluk Tuhan paling baik itu. Huh!Dah wangi!Purse dicapai, dimasukkan dalam poket belakang. Sempat lagi mengerling gambar Fahrin Ahmad dalam purse nya. Ala-ala gambar passport gitu. Apa susah, copy jer gambar iklan Garnier yang Fahrin jadi model dalam internet tu, cut jer dengan Adobe Photoshop, pergilah kedai gambar, cuci. Masuk dalam purse. Kalau duk tengah belek-belek purse sengaja disendeng-sendeng gambar Fahrin, terutamanya di pasar raya. Muahaha. Pasti orang cakap kekasihku ala-ala Fahrin Ahmad.

“Meera, aku pergi dulu...kunci rumah baik-baik...kalau mak cik rumah sewa datang mintak sewa..cakap bayar bulan depan...keyh!”

“Hurmmm..yaaaa...”Jawab Ameera dalam tenggelam timbul suaranya dalam selimut tebal. Penat rasa badannya. Datang bulan! Muahaha. Jangan gelak tau, normal la.

Motosikal cabuk Dira Jasmin dihidupkan. Naik motosikal jer pergi kerja. Motosikalnya hidup segan, mati tak mahu. Apapun, hidup perlu diteruskan walau semput macam mana pun. Motosikal arwah abahnya itu amat disayangi. Buruk bukan sebarang buruk, buruk tetap dihati. Helmet disarungkan. Ramai yang berkenan dengan kapcai buruknya yang ala-ala antik. Si Antik inilah yang menjadi pujaan hatinya. Balik sahaja kerja, digosok-gosok. Sportrim Si Antik digosok-gosok hingga berkilat. Kalaulah motosikal itu pandai berkata-kata, sudah pasti diujar I LOVE YOU pada Dira Jasmin. Tak payah Dira Jasmin memuja Fahrin Ahmad lagi. Hidup minah kilang,..macam inilah. Keluar pagi pulang senja. Menderu-deru Si Antik berkhidmat untuk tuannya.

“Alamak...hujan rintik-rintik laut bergelora...apa laaah nasib aku ni...dah la bayar sewa tak dapat hari ni...hujan pulak...hujar rezeki ker ni...huhuhu” Ujar Dira Jasmin sambil menghentikan motosikalnya.

Baru separuh jalan perjalanan, hujan turun renyai-renyai. Hujan semakin lebat menyimbah mayapada. Seluarnya lenjun. Sejak akhir-akhir ini, cuaca tidak menentu. Baju hujan pulak, dah carik-carik. Tak guna jugak pakai, bila dah berlubang-lubang. Masuk air juga. Cari penyakit kronik sungguh aku ni. Kerja tak sampai sebulan lagi, buatnya penyelia turun kat kilang tu, kena ceramah berbesen-besen nanti. Dahla penyelia aku tu muka ala-ala Mat Tyson. Ehem, tak baik mengumpat majikan aku. Mak aku cakap jangan kerja kilang, aku degil. Takkan nak terperuk kat rumah, sampai zaman Jaafar tunggik pun aku takkan dapat cari duit. Kesian orang yang nama Jaafar jadi mangsa. Omaigod! Redha dan redah jer lah hujan ni. Lebih baik sampai awal dari kena marah bos. Bos nampak sikit kesungguhan aku. Nanti salinlah baju spare kat kilang dalam local.

*****

Jam 8.30 pagi Dira Jasmin tiba. Rakan sekerja yang lain masing-masing sedang fokus pada kerja. Kepala berpusing kiri dan kanan. Fuh, nasib baik En.K tak datang lagi. Kalau dia....

“Dira Jasmin, 10 minit lagi jumpa dalam ofis!”

“Errr...ya!” Baru sahaja Dira Jasmin ingin buka helmet, satu suara telah menyapanya.

Suara yang amat dikenalpasti. Tersangat-sangat dikenalpasti. Suara yang pernah menemuduganya ketika mohon kerja bulan lepas. Muka En.K ditatap. Ala-ala muka kucing mengiau kelaparan pula muka Dira Jasmin. Mohon simpati. Masih terngiang-ngiang ceramah panjang En.K ketika menerima Dira Jasmin bekerja. Nak tahu tak apa ceramah yang Dira Jasmin dapat dari En.K yang penuh semangat dan wawasan 1 Malaysia 1 Kilang tu? Pernah Dira Jasmin ditanya soalan oleh En.K "Mana bagus kerja kilang Jepun ka kilang Amerika?" Dira Jasmin hanya menjawab, kedua-dua kilang bagus. En.K pula, dia tanya...dia pula jawab panjang lebar pada aku. Layan sahaja lah!

“Berdasarkan pengalaman saya kerja di kilang Amerika ke Kilang Jepun dan sebagainya; dan juga dari pengalaman berhubung dengan vendors dan customers dari kilang Taiwan, Singapore, Malaysia memang ada perbezaan suasana pekerjaan antara kilang-kilang tu. Kilang di Amerika ni...kalau nak naik cepat atau kalau nak dapat visibility, kita mesti kena pandai cakap. Sana cakap sini cakap; dalam meeting kena selalu cakap banyak, bagi lah apa-apa pandangan pun, betul ka tak betul ka itu belakang kira - janji hang kena cakap. Kadang-kadan kalau tak tau nak cakap apa; senyap sat , dengar apa orang lain cakap; lepas tu angkat tangan summarize balik apa yang depa dua tiga orang tu cakap…..jadi lah macam idea depa tu idea kita. Senang kan?” Fuhh..panjang sungguh...Dira Jasmin hanya angguk-angguk macam sesumpah jer. Cuba mengagak dalam hatinya, En.K ni, orang Utara agaknya apabila mendengar loghat bahasanya. Banyak sungguh pengalaman En.K.

“Di kilang Amerika ini; kalau dalam meeting kita suka senyap walau pun dalam kepala otak kita bergeliga macam Einstein, tak guna punya sebab orang ingat kita tak reti apa-apa pun. Tambah-tambah kalau meeting atau Conference Call dengan Mat Salleh, kalau hang jenis senyap, memang depa pandang leceh habis kat hang. Hang cakap aje apa benda pun, kalau boleh tambah slang macam depa lagi bagus. Agak-agak kalau depa dok pakai 'swear' words kat hang, hang balun la balik ; dia tak kata apa aih; kat luar meeting balik macam normal. Kawan, kawan jugak, tapi tang kerja, kena serius, kena cakap banyak. Nak dapat perhatian depa, mulut kena mau rajin cakap. So, kalau hang nak dihantar kerja kilang di Amerika, practiselah cakap banyak-banyak!Tengok keputusan hang pun, hang belajar baguih, ada masa depan boleh bantu kilang. Kilang kita ni banyak cawangan.” Ujar En.K untuk menaikkan semangat Dira Jasmin.

“Kalau sapa yang pernah kerja kilang Amerika, dah biasa dengan cara kilang Amerika, lepas tu dia mai masuk kilang Jepun. Fuhh! Culture Shock habis!! Kilang Jepun nie, kalau hang cakap banyak dalam meeting, tak pasal-pasal nanti hang kena balun dengan Jepun. Tak taulah sama ada sebab Jepun nie jenis tak suka orang cakap banyak atau pun sebab Jepun-Jepun tu sendiri tak reti cakap omputih; so depa tak suka orang cakap banyak. Dan, kalau pun hang reti cakap Jepun, depa still tak suka hang cakap banyak. Depa jenis discuss dulu apa-apa yg nak dibincangkan dlm meeting sebelum masuk bilik meeting; sebelum masuk bilik meeting tu, bagilah segala pendapat hang kat engineer atau mata-mat Jepun yang berkenaan; bila dah masuk bilik meeting, tak payah cakap banyak, cuma tanya untuk clarify saja; lepas tu angguk aje kepala, "Haik, Haik, Haik!!!Kalau hang gatal mulut tanya yang bukan-bukan, nanti depa chop kita jenis yang suka melawan, cakap aje lebih, tapi tak reti buat kerja. So, kalau kerja kilang Jepun, bincanglah apa-apa isu sebelum masuk meeting; kat dlm meeting, jadi tukang angguk lagi bagus!! Kerja kilang Taiwan; kalau sapa-sapa yang suka cakap banyak; banyak bertanya bersoal, tak kira di luar atau di dalam bilik meeting, dikira jenis suka cari pasal. Kerja kilang Taiwan, kalau nak naik pangkat cepat, baik jadi tukang angguk saja. Kalau kilang kat Malaysia ni, hang rasa lah dulu macam mana?Letih dah aih, duk bercerita dekat hang.Esok hang mula kerja. Hang kerja la rajin-rajin dan berdisiplin nanti hang dihantar ke sana. Gaji pun naik. Hang ni macam Jepun jer, senyap, pasai pa?“ Ujar En.K pada Dira Jasmin bersungguh-sungguh tapi disoal semula apabila Dira Jasmin hanya membungkam dan seolah-olah pendengar setia.

Fuh!Panjang lebar amanat yang En.K berikan pada Dira Jasmin. Seolah-olah aku pula yang menemuduga dia. Haha. Baiklah, En.K, amanat dan seruanmu kusahut!Huhu. Alamak. Lima minit lagi En.K nak jumpa aku. Kes aku lambat lah ni!Nak buat macam mana, hujan. Bukan kehendak aku. Phuh kiri, phuh kanan, Tolonglah aku Ya Allah. Aku baru sahaja kerja, takkan dah nak kena buang.Mamiaaa. Dira Jasmin segera menukarkan baju. Berbaju kurung ayu. Baju kurung pun ada sehelai sahaja. Itupun, baju yang disimpan dalam local semasa datang temuduga. Terpaksa pakai balik baju itu.

Purse aku basah...habih la gambar My Hero ni...” Gambar Fahrin Ahmad sudah berbalam-balam. Pursenya basah terkena hujan tadi. Disapu-sapu dengan tisu. Duit dalam purse tak payah kiralah, ada RM 20 sahaja. Duit nak isi minyak motosikal. Kad bank dua tiga pulak. Entah berisi atau tidak. Huhu. Purse bukannya jenis kulit, sebab itu boleh tembus air. Biasalah, kerja kilang jer tak mampu nak beli mahal-mahal. Nanti aku jadi manager, boleh la beli mahal-mahal. Berangan lagi!Sudah la Dira Jasmin! Eh, bau ketiak hangit!Huhu..baju kurungku agak berbau yang lama ditinggalkan dalam local...One drop perfume sikit..cover bau hapak...!Get ready nak jumpa bos. Haha!

*****

Bab 2: Dia Fahrin Ahmad...???

“Dira Jasmin Binti Mohd Shukor...kenapa awak lambat hari ni?”

“Errr...maafkan saya encik...hujan” Alasan pendek Dira Jasmin.

“Sebab hujan dijadikan alasan awak lambat untuk datang bekerja?”

Dia ni memang tak tahu ker aku ni naik motosikal cabuk jer datang kerja. Susah dapat bos tak paham pekerja ni...eiii...kalau zaman sekolah-sekolah ni aku dah terajang mandul dah ni..Ops!Nauzubillah....

“Saya....sehari jer encik saya lambat...”

“Awak baru mula kerja sepatutnya awak lebih berdisiplin...”

“Maafkan saya,..encik”

“Keluar!”

Dira Jasmin bangun dan meninggalkan ruang pejabat majikannya. Patutlah majikannya tak kahwin sampai sekarang. Tegas gila!Memandai jer. Dira Jasmin memberi andaian dan spekulasi negatif pada bosnya. Tengoklah nanti...waktu kerja jam 8.00 pagi..pukul 7.00 pagi aku dah pounch card nanti....terbakar betul hati dengan bos yang berkira ni. Hatinya pilu bercampur-baur pula. Mak!Ayah!Min kena marah dekat bos!Mak dan ayah tidak pernah marah pada Min pun!Air mata Dira Jasmin bergenang. Macam mana mahu kuat, kerja baru sahaja beberapa bulan dah kena tegur dengan bos pun Dira Jasmin dah mula goyah. Dira Jasmin menghala ke tempat penyelenggaraan cip.

“Kenapa Min...?”Celah Kak Sal Gebu.

“Tak ada apa-apa...”Balas Min selamba. Senyum kambing dilemparkan pada Kak Sal Gebu.

“Dah kena marah dengan bos kerek la tu...” Celah Izhar yang menyedari Dira Jasmin baru sahaja keluar dari ofis bosnya.

“Sebuk la kau!” Dira Jasmin hanya menjelirkan lidah pada Izhar.

“Ek eleh..dua-dua kerek...Padan muka!Hahaha”

“Kau nampak ni?” Dira Jasmin menunjukkan buku lima pada Izhar.

“Fuiiyooo...boleh tahan...aku usik jer lah!”

Dira Jasmin menuju ke tandas belakang untuk menyalin pakaiannya. Arghhh! Hantu raya mana pulak curi jeans dengan T-Shirt aku ni!!!!Dira Jasmin menyedari kehilangan bajunya. Memang sah nak kena penumbuk aku ni...Sabar Dira Jasmin Mohd Shukor!Rasa mahu gigit lumat-lumat manusia yang mencuri baju aku ni. Dua kali tekanan aku pada hari ini. Pakaian hilang, dan dimarahi bos! Adakah ini suratan atau kebetulan. Gerimis menimpa bertalu-talu di luar sana. Rasa tiada mood untuk bekerja. Mahu rasanya untuk bertukar kerja. Bos tegur datang lambat tidak mengapa...tapi bos begitu kejam pada aku....disergahnya aku suruh keluar mahu tercabut anak jantungku ini. Jantung ada anak ker?Apa-apa ajer lah! Esok aku mahu buat surat berhenti kerja.

“Kat sini rupanya Min,..” Sapa Kak Sal Gebu yang juga muncul di tandas.

“Oh mak kau...Kak Sal memang gebu macam mak saya...ehh...ehhhh...”Dira Jasmin melatah.

“Haha..Min bila pulak belajar melatah ni...”

“Terkejut saya kak....tak bagi salam Kak Sal ni...”

“Dalam tandas tak boleh bagi salam dik oiii...”

“Yer tak ya jugak kan...”

“Min...ada surat untuk Min...baru dapat tadi...”

“Surat apa kak...?”

“Entah..tak pasti pulak..sebab Kak Sal tak buka dan tak baca pun surat tu...”Senyum Kak Sal Gebu.

“Nanti saya ambil surat tu...surat berhenti kerja agaknya...kalau bukan surat berhenti kerja surat apa lagi...”

“Berhenti kerja?Kenapa pulak?Min...tak sampai dua bulan lagi Min kerja kat sini...tak kan dah nak berhenti...”

“Oh Kak Sal..apakan daya adinda Kak Sal...adinda hanya melukut di tepi gantang..yang hanya datang bila perlu dan pergi bila tidak diperlukan....”Tangan Dira Jasmin turun naik ala-ala bersajak pula.

Kak Sal Gebu tekekek-kekek ketawa melihat Dira Jasmin yang tidak keruan. Dira Jasmin sangat unik..dalam bersedih pun sempat lagi untuk berlawak jenaka. Apabila teringat muka bosnya, Dira Jasmin tidak ada selera untuk hidup. Apakah???Takkan lah kerana perkara kecil seperti itu pun Dira Jasmin perlu patah semangat. Biasalah sudah menjadi tugas ketua untuk menegur anak buahnya.

“Kak..baju saya hilang...tak kan saya nak pakai baju ni..?”

“Lahhh..apa salahnya...cantik kalau Min pakai macam ni datang kerja...Oklah Min, Kak Sal sakit perut ni...!”Kak Sal Gebu berlalu ke dalam tandas.

“Kak Sal ni...tiap-tiap pagi dah mahu melabur...bank penuh Kak Sal oiii...hahaha”

*****

Kipas di ruang tamu berpusing-pusing seperti fikiran Dira Jasmin juga. Dira Jasmin sedang berfikir-fikir mahu meletakkan jawatan untuk berhenti kerja. Di hadapan televisyen itu...dia membuka laptop nya dan terpampanglah di skrin desktopnya gembar Fahrin Ahmad.

“Hye, My Hero!” Dira Jasmin peace pada Fahrin Ahmad. Padahal hanyalah di skrin desktopnya sahaja.

“Min,..aku baru jer kenal kau beberapa bulan...dengan aku naik sewel rasanya bila tengok kau macam ni...”

“Kau ada masalah apa....sampai tengok aku pun rasa sewel..haha...”

“Kenapa kau minat sangat haaa...mamat ni?”

“Sebab dia makhluk Tuhan paling hensem!”

“Yerlah..orang lain minat jugak artis..tapi tidaklah fanatik macam kau ni...”

“Aku nak buat surat berhenti kerja...”

“Hah? Surat berhenti kerja?Kerja tak sampai dua bulan dah nak berhenti...!”

“Aku nak cari kerja lain...yang gaji lebih tinggi...”

“Yerlah...tapi kerja apa...dapatkanlah kerja tu dulu barulah berhenti kerja kat kilang tu...nak berhenti terus kang tak dapat kerja pulak...”

“Aku yakin aku akan dapat kerja baru...”

“Kenapa kau nak berhenti...?”

“Sebab.........................tak ada apa-apa...!”

“Laaaah...sebabnya tak ada apa-apa..orang tak panggil sebab lah...!”